Kereta bukan sekadar pengangkutan; ia adalah aset penting yang membawa anda ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah, dan menemani keluarga dalam perjalanan balik kampung. Namun, bayangkan perasaan cemas apabila kereta yang dahulunya selesa, kini mula bergegar, berbunyi “ketak-ketak”, dan terasa membuai-buai setiap kali mengambil selekoh.

Selepas usia 7 tahun, komponen sistem undercarriage (bahagian bawah kereta) mula menunjukkan tanda-tanda haus. Jika dibiarkan, ia bukan sahaja merosakkan komponen lain, malah boleh menjejaskan kestabilan pemanduan dan membahayakan keselamatan anda.

Dalam artikel ini, kami kongsikan 8 punca utama gegaran dan bunyi tersebut supaya anda boleh selesaikan masalah ini dan mendapatkan semula rasa pemanduan seperti baru keluar kilang!

8 Punca Utama Kereta Berbunyi & Bergegar

1. Lower Arm

Komponen yang menyambungkan sistem suspensi ke casis. Jika bush atau ball joint rosak, anda akan mendengar bunyi “kukk kukk” atau “ketak ketak” di jalan tidak rata. Stereng juga mungkin terasa tertarik ke kiri atau kanan.

  • Risiko: Tayar “makan” sebelah dan alignment gagal dilaras dengan tepat.

2. Engine Mounting

Fungsinya adalah menyerap gegaran enjin. Tanda kerosakan paling jelas ialah terasa sentapan kasar semasa masuk gear atau mula memulakan perjalanan.

  • Risiko: Geometri enjin tidak selari, boleh merosakkan komponen mekanikal lain jika dibiarkan.

3. Stabilizer Bush & Link

Keseimbangan casis semasa selekoh bergantung pada komponen ini. Jika bush sudah keras atau ball joint ada free-play, bunyi “kluk kluk” atau “duk duk” akan kedengaran jelas.

4. Absorber Mounting (Top Mount)

Terletak di antara absorber dan casis. Jika anda mendengar bunyi besi berlaga semasa memusing stereng dalam keadaan pegun (berhenti), ini petanda bearing atau bush sudah pecah.

5. Steering Rack End & Tie Rod End

Komponen yang menghubungkan stereng dengan tayar. Masalah ini menyebabkan kereta terasa “melilau” ke kiri/kanan dan pemanduan terasa melayang walaupun pada kelajuan tinggi.

6. Upper, Short & Long Arm (Tulang Anjing)

Khusus untuk sistem suspensi jenis McPherson (Proton Wira, Persona, Waja, Gen2, Preve, Suprima S). Jika belakang kereta terasa membuai sewaktu selekoh, komponen ini mungkin sudah sampai tempoh hayatnya.

7. Drive Shaft

Penyambung kuasa dari gearbox ke tayar. Kerosakan ditandai dengan gegaran pada kelajuan tinggi dan bunyi “tak tak tak” semasa membuat pusingan U-turn.

  • Amaran: Jangan tunggu bearing pecah, atau anda mungkin tersadai di tepi jalan!

8. Absorber

Jantung keselesaan kereta anda. Jika kereta selalu melantun-lantun (bouncing) di jalan rata, prestasi absorber sudah menurun. Jangka hayat optimum biasanya sekitar 5 tahun bergantung kepada cara pemanduan.

Adakah Kereta Anda Dah Lebih 10 Tahun?

Jika kereta anda sudah berusia dan mula mengalami masalah “gandingan” gegaran dan bunyi yang merisaukan, menukar satu-satu komponen adalah langkah yang membuang masa dan kos.

Kami di Carzey Auto Parts telah merumus Full Set Pakej Combo Undercarriage Suspension khas untuk anda.

Mengapa Pakej Combo Carzey Menjadi Pilihan Ramai?

  • Jimat Kos: Tukar semua sekaligus lebih jimat berbanding tukar satu-satu (kos upah labor sekali jalan).

  • Jimat Masa: Selesaikan semua masalah bunyian dalam satu sesi bengkel.

  • Jaminan Kualiti: Kami memberikan JAMINAN SATU TAHUN bagi memberikan anda ketenangan minda sepenuhnya.

“Komponen yang kami rangkumkan ini adalah hasil kajian mendalam terhadap masalahย common wear and tearย bagi model kereta anda.”

Dapatkan Harga Promosi Sekarang!

Pakej ini ditawarkan dengan unit yang sangat terhad. Jangan tunggu sehingga komponen suspensi anda gagal sepenuhnya dan menyebabkan kerosakan lebih besar pada enjin atau gearbox.

๐Ÿ‘‰ Klik Di Sini Untuk Harga Promosi Terkini

Ingin Tawaran Istimewa Terus ke Inbox Anda?

Jika anda masih ragu-ragu atau ingin nasihat percuma mengenai pakej yang sesuai untuk model kereta anda, masukkan butiran anda di bawah. Pakar kami akan membantu anda!