Kereta adalah antara aset dan keperluan paling penting buat kita. Samada untuk pergi kerja, membeli barang keperluan asas mahupun untuk keluar bersiar – siar dan meluangkan masa bersama keluarga.

 

Tapi apa yang tak bestnya, bila kereta dah habis bayar, selepas 7 tahun masalah mula timbul seperti kereta bergegar dan berbunyi bila lalu jalan tak rata atau kadang – kadang rasa membuai – buai sewaktu selekoh.

 

Bukan itu sahaja, jika dibiarkan masalah seperti ini boleh menyebabkan anda hilang kawalan dalam pemanduan.

 

Dalam post ini, saya akan kongsikan bagaimana cara anda boleh selesaikan masalah ini supaya handling kereta anda lebih sedap dan selesa seperti baru keluar kilang semalam.

 

Punca utama kenapa kereta anda berbunyi dan bergegar.

 

1. LOWER ARM

Lower arm berfungsi untuk menyambung sistem suspensi kepada chasis kereta. Terdapat bush dan ball joint pada lower arm. Antara tanda kerosakan adalah seperti berbunyi kukk kukk.. atau ketak ketak bila lalu jalan tak rata atau steering tiba – tiba tertarik ke kiri atau kanan jalan sewaktu jalan lurus. Jika tidak ditukar, boleh menyebabkan tayar anda “makan” sebelah dan gagal mencapai ketepatan pada alignment.

 

2. ENGINE MOUNTING

Engine mounting berfungsi untuk menyerap gegaran pada enjin selain memegang enjin pada tempatnya. Antara tanda kerosakan paling jelas anda mungkin terasa sentapan semasa masuk gear dan sewaktu ingin memulakan perjalanan. Hal ini terjadi kerana bush mounting sudah pecah dan perlu diganti. Jika dibiarkan ia boleh mengakibatkan kerosakan komponen lain kerana geometri enjin sudah tidak selari.

 

3. STABILIZER BUSH & LINK

Berfungsi penting untuk keseimbangan chasis sewaktu selekoh. Antara tanda bermasalah seperti bunyian kluk kluk, duk duk semasa jalan tak rata atau terlanggar lubang. Kemungkinan besar bush sudah terlalu keras dan ada free-play pada ball joint stabilizer link.

 

4. ABSORBER MOUNTING

Komponen ini juga dikenali sebagai Top Mount dan terletak antara absorber dan chasis kenderaan. Komponen ini perlu diganti sekiranya anda terdengar bunyi besi berlaga sewaktu memusingkan steering kereta anda dalam keadaan pegun. Selain itu, anda dapat lihat jika kereta anda seakan senget sebelah. Ini berlaku apabila bush atau bearing absorber mounting pecah menyebabkan kedudukan absorber kereta anda tidak selari.

 

5. STEERING RACK END & TIE ROD END

555 Steering Inner Rack End For Proton Satria Neo [PW893356] 2pcs

Merupakan antara komponen pada steering rack yang selalu bermasalah. Antara tanda kerosakan seperti bunyi besi berlaga sewaktu jalan tak rata atau berbunyi semasa pusing kereta dalam keadaan pegun. Ada kemungkinan ia membuatkan kereta anda melilau ke kiri atau ke kanan jalan atau pemanduan terasa seperti melayang semasa kelajuan tinggi.

 

6. UPPER , SHORT , LONG ARM @ TULANG ANJING

Dalam erti kata lain disebut sebagai tulang anjing. Hanya sistem suspensi jenis Mc Pherson sahaja yang ada Tulang anjing ini. Antara model yang menggunakan sistem ini seperti Proton Wira, Satria , Waja , Persona , Gen2, Preve dan Suprima S. Jika anda terasa bahagian belakang kereta anda membuai sewaktu ambil selekoh atau tayar belakang anda makan sebelah, sila buat pemeriksaan terhadap komponen ini.

 

7. DRIVE SHAFT

GAIDO Front Drive Shaft For Proton Saga FLX 2014 (Manual) [GDSA-9037-AS] Left / Short ABS

Drive Shaft adalah komponen yang menyambungkan kuasa dari gearbox kepada tayar kenderaan. Tanda utama kerosakan seperti gegaran pada kelajuan tinggi selain berbunyi “ tak tak tak “ sewaktu melakukan pusingan U – turn. Komponen ini perlu diperiksa selalu dan pastikan boot cover getah berada dalam keadaan yang baik. Ia perlu ditukar dengan segara jika mengalami masalah untuk mengelakkan bearing shaft pecah seterusnya menyebabkan anda tersadai di tepi jalan.

 

8. ABSORBER

KYB Front Absorber Set For Proton New Saga 2016> [ 332M081 / 332M082 ] Gas

 

Antara komponen paling penting untuk menjamin keselesaan sepanjang perjalanan anda. Jika kereta anda selalu melantun lantun pada jalan tak rata atau terasa gegaran pada jalan lurus, mungkin ini adalah penyebabnya! Kebiasaannya, jangka hayat optimum absorber adalah sekitar 5 tahun. Selepas itu, prestasi mula menurun dan anda akan terasa kadar serapan hentakan kurang memuaskan. Bagaimanapun ia bergantung kepada cara pemanduan dan mileage perjalanan anda.

 

Dalam post ni anda dah belajar 8 check list yang anda wajib semak untuk hilangkan masalah gegaran dan bunyian serta tingkatkan pemanduan anda dengan lebih baik.

 

Penting untuk anda periksa komponen di atas supaya kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan dan selamat dan selesa untuk di pandu setiap hari.

 

Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca artikel saya, jangan lupa untuk share content ini supaya dapat sama membantu orang lain yang mengalami masalah ini.

 

Pastikan anda like CARZEY AUTO PARTS dan subsribe blog ini supaya anda tak tertinggal dengan tips yang akan bantu anda lebih faham berkenaan asas penjagaan kereta anda. Terima kasih dan jumpa lagi.

 

Kalau sekarang ini kereta anda dah lebih 10 tahun dan ada masalah gegaran dan bunyian yang merisaukan..

 

 

Saya sarankan anda untuk dapatkan full set pakej combo undercarriage suspension kerana ia dah bantu ramai pengguna untuk tingkatkan handling kereta tanpa ada masalah gegaran dan bunyian.

 

Selepas beberapa tahun di dalam industri automotif ini, kami dah melakukan beberapa kajian, survey dan pertukaran pendapat bersama workshop. Komponen suspensi yang biasa bermasalah atau common wear and tear ini sudah kami rangkumkan menjadi satu set supaya dapat menjamin membantu anda menyelesaikan masalah bunyian dan gegaran secara efektif.

 

Pakej set ini sudah terbukti berkesan dan membantu ramai pelanggan kami. Antara kelebihannya adalah:

 

  • Jimat kos – Semestinya dengan pembelian set serta upah pemasangan sekali jalan anda dapat nikmati penjimatan untuk jangka masa panjang.
  • Jimat masa – Anda tak perlu hadapi masalah yang rumit di mana rata- rata pengguna menukar satu satu alat ganti dan memakan masa untuk dapatkan hasil yang memuaskan.
  • Jaminan kualiti – Jenama yang kami tawarkan didatangkan dengan jaminan SATU TAHUN anda tak perlu risau jika berlaku masalah dalam tempoh warranty.

 

Pakej ini khas untuk pemilik Proton dan Perodua sahaja. Bagaimanapun, harga dan promosi ini dijalankan dengan kuantiti set yang terhad.

 

Kalau anda berminat untuk dapatkan pakej set ini,

 

Boleh klik link di bawah untuk dapatkan HARGA PROMOSI terkini sebelum tamat dan akan dijual pada harga normal.

 

Saya berminat dengan tawaran ini!

 

Harga Promosi Bulan ini : http://www.carzey.com/combo-deal

ATAU

Anda boleh masukkan details di bawah untuk terima offer istimewa melalui inbox.


 

Contoh: Proton Persona 1.6 , Tahun 2011

Comments (2)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0

Cart

    Product Price Quantity Total

Cart totals

Subtotal RM0.00
Total RM0.00
Your Cart
0
Independently verified
100 reviews