Ramai yang tertanya-tanya, bila perlu tukar ini, bila patut tukar itu. Post kali ini kita akan menceritakan serba sedikit mengenai common parts yang perlu dan penting untuk dipertimbangkan untuk penukaran. Agak panjang, tapi berbaloi untuk bacaan anda. Semoga ia bermanfaat!

======================
➕ PENAPIS UDARA
======================
📌 Fungsi: Menapis habuk kotor, memastikan enjin terima udara segar dan bersih untuk pembakaran sempura
📌 Cadangan Penukaran: setiap 20,000km

Penapis udara bersih membantu penggunaan petrol/diesel yang lebih ekonomik, respon enjin yang cepat dan mengurangkan pelepasan asap dari ekzos. Dalam sesetengah keadaan, penapis udara bersih boleh memanjangkan perjalanan ( jimat petrol/diesel)sebanyak 14% dan juga meningkatkan pecutan sehingga 11% bergantung kepada model kenderaan.

=====================
➕ PENAPIS UDARA CABIN (AIR COND)
======================
📌 Fungsi: Menapis habuk dari blower aircond
📌 Cadangan Penukaran: 20,000km

Selain dari, kegagalan menapis habuk dengan efficient, filter yang tidak ditukar / kotor akan menyebabkan ia tersumbat seterusnya menghalang pengaliran udara dgn baik. Jadi jika anda rasa air cond anda kurang angin / sejuk dari biasa, sila periksa keadaan filter anda terlebih dahulu. Kedudukannya di dalam dashboard kereta.

=====================
➕ BATERI
======================
📌 Fungsi: Membekal tenaga kepada komponen elektrik kenderaan seperti spark plug, lampu, radio dan lain2.
📌 Cadangan Penukaran: 18 bulan – 2 Tahun

Pemeriksaan berkala mampu memanjangkan jangka hayat bateri. Bergantung pada jenis bateri dan saiz bateri kereta, biasanya bateri yang baik mempunyai bacaan 12.5 ke 12.6 volt.

Kemunculan karat, kakisan, kulat dan kedudukan longgar boleh mencetus masalah pada bateri kendaraan anda dan boleh menjejaskan jangka hayat bateri kereta. Sebelum membersihkan terminal bateri, tanggalkan dan jauhkan kabel sambungan terlebih dahulu daripada terminal bateri. Bersikan terminal bateri dengan bacuhan air dan soda bikarbonat, gosok perlahan-lahan dengan berus hingga bersih. Pasang kembali bateri dengan kedudukan sebelumnya. Jadikan amalan dengan mencabut kepala bateri jika ada niat utk tidak menggunakan kereta pada jangka masa panjang.

Boleh refer Bateriku.com untuk penukaran servis penukaran bateri ke rumah!

======================
➕ PENAPIS MINYAK (FUEL FILTER)
======================
📌 Fungsi: Menapis kekotoran dari tangki petrol dan salurkan petrol bersih sebelum dibakar
📌 Cadangan Penukaran: 40,000km

Sintomp biasa terjadi jika lambat tukar seperti kereta susah start, timing tak betul, kehilangan power, penggunaan bahan api yg tinggi dan enjin semput semput!

======================
➕ SPARK PLUG
======================
📌 Fungsi: mencetuskan percikan api yang akan membantu proses pembakaran dalam enjin anda.
📌 Cadangan Penukaran: Bergantung pada jenis material spark plug

Copper (BIASA) : 20,000km
Platinum: 60,000km
Iridium: 100,000km>

Tanda perlu tukar bunyi enjin tak sekata / kasar, pembakaran tak sekata (misfires), kurang kuasa pecutan, lonjakan enjin secara tiba – tiba dan penggunaan bahan api yg tinggi.

======================
➕ MINYAK ENJIN
======================
📌 Fungsi: Agent pelinciran, penyejukan dan perlindungan kepada komponen dalaman enjin
📌 Cadangan Penukaran: Bergantung kepada jenis minyak

Mineral Oil: 5,000km
Semi Sintetik: 7,500km
Fully Sintetik: 10,000km

Tukar minyak hitam ini wajib tukar sekali bersama oil filter. Pastikan guna dan pilih gred SAE yg betul. Lambat tukar menyebabkan minyak pekat dan wujudnya sludge/kerak pada oil sump enjin. Berisiko terjadi tersumbat pada oil pick up, menyebakan minyak tak dapat disalurkan ke bahagian enijn yg lain. Punya UTAMA enjin ‘jammed’.

PENTING! Guna lah minyak yg berkualiti, dan tulen. Bab minyak jgn beriye cari yg murah. Terlalu banyak minyak tiruan di pasaran. Nasihat kami berhati- hati.

======================
➕ MINYAK GEARBOX MANUAL
======================
📌 Fungsi: Pelinciran dan penyejukan sistem gearbox
📌 Cadangan Penukaran: 40,000km utk kereta baru ( 5 tahun), 20,000km utk kereta lama apabila terasa susah nak shift gear.

======================
➕ MINYAK GEARBOX AUTO (ATF OIL)
======================
📌 Fungsi: Pelinciran dan penyejukan sistem gearbox
📌 Cadangan Penukaran: 20,000KM Tukar Bersama Auto Filter

Minyak ini memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual ada disebut setiap 20,000 km kena tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar. Jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yang besar.

Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yang disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 liter. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++.

======================
➕ MINYAK GEARBOX CVT

(EXORA BOLD, PREVE, SUPRIMA S, PERSONA 2016-, SAGA FLX, 2016-2018, IRIZ)
======================
📌 Fungsi: Pelinciran dan penyejukan sistem transmisi CVT
📌 Cadangan Penukaran: 60,000 KM Di sarankan tukar bersama Filter !

Sedikit tips penjagaan CVT:


1. Menggunakan mod shiftronic ketika sedang full throttle atau enjin berkelajuan tinggi.


2. Menukar posisi gear dari D (Drive) ke neutral ketika sedang menuruni bukit. Sentiasa mengekalkan posisi gear D supaya anda boleh membrek dengan bantuan enjin (engine braking).


3. Melakukan imbangan on-wheel dalam keadaan gear Neutral tanpa menghidupkan enjin.


4. Menunda kereta dalam keadaan mengundur.


5. Tidak melakukan adaptasi klac berkala (periodic clutch adaptation). Anda boleh melakukan sendiri sekiranya anda mahir. Jika tidak, sila rujuk kepada pakar perihal ini.


6. Tidak menukar bendalir transmisi dan penapis bendalir mengikut kadar masa yang ditetapkan.


7. Menggunakan bendalir transmisi yang tidak bersesuaian dengan ketetapan pengeluar. Pastikan Original !


8. Terkurang mengisi bendalir transmisi juga mampu merosakkan transmisi kerana peranan bendalir ni amat penting bagi memastikan kelancaran pergerakan. Pastikan mekanik/pusat servis merekod item ini ketika melakukan servis berkala.

======================
➕ COOLANT RADIATIOR
======================
📌 Fungsi: Menyejukkan enjin, menghalang komponen dalaman enjin dari berkarat!
📌 Cadangan Penukaran: 60,000km


Pastikan selalu periksa cooling sistem anda, pastikan air mencukupi dalam spare tank dan perhatikan warna air. Jika air selalu berkurang atau bertukar perang sudah sampai masa untuk anda hantar kepada pakar. Pencegahan awal adalah lebih baik kerana hal ini bias mengundang kepada masalah ‘Overheating’. Mimpi ngeri buat semua kerana kos untuk membaik pulih sudah tentu terlalu tinggi.
.
======================
➕ MINYAK POWER STEERING
======================
📌 Fungsi: Pelinciran kepada sistem power steering
📌 Cadangan Penukaran: 60,000km


Periksa level dan warna minyak power steering anda. Kebiasaanya warna merah. Makin hari akan bertukar warna perang. Tu tandanya anda dah boleh buat flushing. Proses dimana buang semua minyak lama dan gantikan minyak baru dalam sistem. Penting kerana jika terlalu lama minyak akan menjadi pekat dan menyebabkan tersumbat, mengundang kerosakan power steering pump nanti!
.
======================
➕ MINYAK BRAKE
======================
📌 Fungsi: Membantu operasi braking
📌 Cadangan Penukaran: 60,000km


Ada dua jenis minyak brake DOT3 atau DOT4. Sila rujuk buku manual anda. Kebanyakan kereta moden daily hari ini menggunakan DOT3. Lebih tinggi DOT, lebih tinggi boiling point. Material utama ialah Glycol-Ether bersifat “hygroscopic” dimana ia mampu menyerap wap air di sekelilingnya. Bermakna, nilai/jumlah air yang terdapat di dalam Brake Fluid tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa.

Apabila kita membrek, haba akan terhasil dan kandungan air yang terdapat di dalam Brake Fluid akan meruap menjadi wap. Ingat ya, fizik, bendalir boleh dimampatkan, wap tidak. Apa yang terjadi ? Brek akan rasa kosong. Pasal apa ? Ketika anda menekan pedal brek, anda bukan menekan bendalir. Tetapi wap. Bahaya ! Situasi ini dikenali sebagai “Fluid Vapour Lock”. Jadi, janganlah kita mengabaikan tentang penyelenggaraan Brake Fluid ini ye

======================
➕ FAN BELT / V- BELT (KERETA MODEN)
======================
📌 Fungsi: Menggerakkan komponen seperti kompressor AC, alternator, waterpump dan lain – lain
📌 Cadangan Penukaran: 80,000 KM Tukar bersama Tensioner Bearing!

Gunalah Tensioner Bearing yg berkualiti sbb terlalu byk kes bearing berbunyi setelah siap pasang tak sampai 1 bulan. INI PENTING!

Jenama Cadangan: ORIGINAL atau BANDO

======================
➕ BELTING AIRCOND/ALTERNATOR
======================
📌 Fungsi: Sama seperti Fan Belt / V Belt
📌 Cadangan Penukaran: 80,000 KM

Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ini. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti sama ada perlu ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ini letaknya diluar dan mudah dilihat. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus, maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa ”3 bulan” “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelenggaraan atau “preventive maintenance”.
Tanda kerosakan mudah, bila dah start bunyi berdesing waktu enjin sejuk. Perasan tak? Kalau jd mcm ni jgn tunggu lama terus pi tukar. Jika putus, ia menyebabkan kegagalan komponen utk berfungsi contoh compressor air cond atau alternator.

Jenama Cadangan: ORIGINAL atau BANDO

======================
➕ CLUTCH SET
======================
📌 Fungsi: Memutuskan penghantaran kuasa dari engin ke roda.
📌 Cadangan Penukaran: 100,000 KM

Biasanya kerosakan klac boleh dikesan ketika kenderaan sedang bergerak, iaitu ketika kita menekan pedal minyak dan putaran enjin bertambah tinggi, tetapi kenderaan tidak bergerak lebih laju. Keadaan itu lebih terasa ketika sedang mendaki bukit atau membawa muatan berat. Keadaan itu kemudian diiringi bau getah terbakar.
Untuk mengesahkan lagi bahawa cekam rosak, kita perlu lakukan ujian berikut, berhentikan kereta dan tarik brek tangan, hidupkan enjin. Pijak pedal klac dan masukkan gear satu atau dua.

Ketika pedal klac masih dipijak, naikkan putaran enjin dengan menekan pedal minyak. Kemudian angkat pedal klac perlahan-lahan. Apabila didapati putaran enjin tidak berkurang atau enjin tidak cenderung untuk mati, maka sah bahawa klac kereta kita mengalami
kerosakan.

======================
➕ TIMING BELT
======================
📌 Fungsi: Menggerakkan komponen atas (camshaft) dan bawah (crankshaft)
📌 Cadangan Penukaran: 80,000 KM – 100,000 KM

Kebiasaannya penyebab ‘timing belt’ putus yang utama adalah kerana ianya terus menerus digunakan walaupun telah melebihi jangka hayat dan ‘expired date’ yang tertentu.
Sekiranya komponen ini diguna pakai sehingga melebihi jangka hayat yang disyorkan, beberapa tanda-tanda kegagalan fungsi akan dan berlaku, seperti :

Timing Belt Putus
Tooth Wear
Back Cracks

Kegagalan fungsi ‘timing belt’ akan memberi kesan kerosakan yang besar kepada enjin. Kebiasaannya dalam kebanyakkan situasi ianya akan menyebabkan masalah valve enjin menjadi bengkok atau patah.

Cadangan Brand Gaido Malaysia. Warranty Sehingga 2 Tahun. Percuma Breakdown Assistant jika timing belt putus tgh jalan sebelum 100,000KM

======================
➕ WATERPUMP
======================
📌 Fungsi: Supply coolant ke seluruh sistem penyejukan enjin
📌 Cadangan Penukaran: 160,000 KM

Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Katalah kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena buka timing belt. Jadi, kalau buat sekali, tiada extra labor charge.

=====================
➕ TOP OVERHAUL
======================
Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada juga yang 7-80,000 km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine.

Tanda perlu buat Top Overhaul:
❌ Asap putih berlebihan, coolant bocor ke enjin, MUNGKIN top overhaul sahaja. Ataupun overheat sebab radiator tersumbat, mungkin perlu buat top overhaul sahaja, skim head.

❌ Asap kelabu : Piston seal dah bocor, minyak pelincir dah masuk ke kebuk pembakaran. Mungkin kena tukar piston atau piston ring. Ataupun sebab tak tukar minyak hitam pada waktunya sampai dah tersumbat enjin.

======================
➕ BRAKE PAD
======================
📌 Fungsi: Memperlahankan kereta, sebelum berhenti dengan selamat.
📌 Cadangan Penukaran: Bergantung 25,000 KM – 80,000KM

Tanda awal kerosakan:


1. Brake Warning Lights menyala seperti gambar di bawah. Lampu amaran ini menyala apabila handbrake tidak dilepaskan atau minyak brake dalam reservoir kurang. Minyak menjadi kurang disebabkan ketebalan brake pad sudah berkurang.


2. Tanda kedua ialah brake fluid kurang dari takat / level minimum. Dalam gambar ni, brake fluid berada di takat maksimum


3. Ada brake noise. Bunyi yang dihasilkan adalah nyaring. Apabila ketebalan brake pad melepasi tahap minimum, terdapat satu pelapik besi yang akan bergesel dengan brake rotor/ disc. Bunyi ini akan memberi amaran kepada pemandu.


4. Jarak/masa untuk berhenti semakin bertambah. Sebelum ini kereta kita mengambil jarak 10 meter untuk berhenti, jarak untuk berhenti bertambah lebih dari 10 meter untuk berhenti


5. Terdapat abnormality dalam kenderaan setaip kali brek ditekan yang tidak wujud selama ini seperti steering bergegar atau pedal brek bergegar setiap kali pedal brek ditekan


6. Pemeriksaan fizikal oleh mekanik. Brake pad di sebelah kiri adalah yang baru dan di sebelah kanan brake pad yang sudah haus.

Bantu kami untuk share ke facebook page anda buat tatapan sahabat kita yang lain. Boleh komen jika ada pertanyaan atau anda nak request topik yang menarik!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X